antara garisan;
Monday, March 23, 2015 @ 1:49 AM


berjalan kembali pada tuhan itu siapa tah kata tidak sulit.
ujian beratur turun dari langit menunggu giliran. 
bukan kah dia berkata

bila kau kembali padaku, bersedialah untuk miskin. 

dan iya. memang sungguh kau semiskinnya.
namun tahukan nanti yang segunung emas sedang tunggu?
tanya mana mana si tatih yang cari tuhan.

tuan jatuh miskin, apa yang tuan dapat dengan patah balik pada tuhan? 
ya aku miskin. namun aku tidak pernah rasa sekaya ini sewaktu aku kaya

ketawa. soalan orang dewasa sekarang.

tah siapa kata aku berani.
aku ini manusia paling penakut sepanjang aku kenal manusia lain.
takut orang tidak lagi sayang.
takut pada pendapat orang.
takut kalau kalau pilihan yang aku pilih salah semata.
siapa tah tidak takut. gila.

cuma dengan takut takut itu, aku cari sisa-sisa maruah yang aku tinggalkan.
kalau aku tak perjuangkan diri aku sendiri, siapa yang nak juangkan?
kalau aku tidak melayan jiwa aku dengan baik, siapa nak melayan?
kalau aku tidak majukan diri sendiri, siapa lagi?

mahukah aku duduk pada takuk yang sama?
mahukan aku takut pada peluang yang menghulur tangan.
hanya kerana aku takut aku buat kesilapan?

ada orang ketawa bahak dibelakang, aku toleh,
cermin sebagak-nya. aku yang ketawa dibalik reflaksi cermin.
aneh. permainan cahaya mana ini?


kau ingat kau malaikat? sempurna? 


ketawa bahak lagi. sampai batuk-batuk. kemain.
tidakkah kau malu? bukan orang lain yang ketawakan kau,
malah bayang pantulan kau pun ketawakan kau si kecut.

kalau kau tidak bangun sekarang,
bukan kau hanyut sampai subuh tetapi kau hanyut sampai mati
kalau kau tidak lambai ketakutan kau sekarang,
nanti kau yang dilambai.

menunggu cinta si mawar itu adalah satu kebodohan yang nyata.
cintakan bodoh. ketawa sinis.
baru tadi tuhan kata manusia adalah paling pantas cerdiknya.
jadi buat apa kau punya otak tetapi tidak pernah punya niat untuk fikir?

cuba kau timbang otak lembu disebelah otak kau,
mana lebih berat?
logik sains, otak kau berat 3 kilogram, otak lembu 5 kilogram
tetapi cuba kau timbang manakah yang menggunakan otaknya lebih banyak?
silap silap. lembu lebih banyak berfikir nak majukan diri lagi dari kau.

aku tidak kata proses ini mudah.
tetapi sayangnya, aku tidak nampak sebarang usaha.
atau kau yang tidak nampak usaha kau sendiri?  kelakar.

senang untuk tentukan antara garisan  orang yang gagal
dengan orang yang tidak mahu terus gagal.


usaha dia.