Keinsafan
Tuesday, November 30, 2010 @ 5:40 PM


Duniawi Sekarang
Saat ini air mata aku mengalir kerana insaf dan rindu kan seseorang.
Seseornag yang sentiasa mengingati sehingga saat menghembus nafas terakhirnya.
Kadang-kadang aku rasa hina sekali.bagaimana selalu alpa.
Meninggalkan solat dengan sesuka hati.Tidak sedar diri.
Terlalu meminta tetapi tidak selalu memberi.
Rugi! sangat rugi! selalu merindui orang yang bukan mahram 
sedangkan Baginda selalu meningati umatnya.
Seseungguhnya Allah itu Maha Penyayang.
Tiada yang lebih sayang dari Dia.
Semestinya tiada aku dalam duniawi ini kalau tidak kerana
Kasih Sayang dari Allah.Ya Rahman.
Hampa bila lihat diri ini hanya mencari kebahagian dunia.
kenikmatan cinta adam,bisikan syaitan yang tak henti kuasai diri,
kekayaan yang sementara.belum tentu sucinya.
Akhirnya nanti wafat Baginda juga yang dikejar.
Pertolongan dari Allah juga yang diminta.
Keampuanan-NYA juga yang dimohon.
Cinta Hakiki juga yang dicari.