Hear Me.
Monday, July 11, 2011 @ 9:47 PM


Muhammad Nur Qayyum.
Bagi aku ia sebuah nama yang cukup indah.
Salah satu daripada nama Allah.
Bermaksud Yang Maha Berdiri Sendiri.

Malam Syaban yang ke 7 dia telah sahut panggilan Ilahi.
Apa yang boleh aku bercerita mengenai dia disini?

Dia sahabat baik aku.Dia adik aku.Dia teman sepejuangan.
Adakalanya aku gembira bersama dgn dia.
Adakalanya aku geram bila bercakap dengannya.
Adakalanya aku bersedih mendengar ceritanya.

Kalau dia masih ada kat sini lagi.aku rasa nak luahkan kat dia.
"kau ni kenapa? kan Ibu dah pesan bwk moto baik2."

"Yum,kau dah janji dgn aku kan? dah sign contract dgn aku dah pun
nak kerja dgn JiwaSeni lepas SPM.Kata kita nk jadi photographer?"

"Pagi sabtu tu masa aku jumpa kau OTW nak g skola
aku angkat tgn panggil kau tapi kau tak sahut pun."

"Yum,bukan kita ni dah besar dah plan nk jadi rakan kongsi ke?"

"Yum,gambar kelab hoki ada kat kau la."

"Qayyum,kau kan ada blog? bukan hari tu kau kata nk bagi aku link ke? 
Aku tak dapat lagi pun"

"Yum,masa dlm markas bukan kau kata nak cerita psal kekasih kau yg lepas?
sampai sekrg aku tunggu kau cerita"

"Yum,bukan kau kata nak ikut aku g lawan kawad daerah?
nak tangkap gmabr aku bnyk2 masuk majalah?"

"Yum,aku dah tolong kau selesaikan masalah dgn Aiza.
aku dah pujuk dah dia."

"Yum,sampai skrg aku tunggu gmbar kau masa baby tuh.
Tak dapat2 pun.Ibu dah lama mintak"

"Yum bila kita nk study group nie? Addmath aku dah lama kecundang.
Ala,nanti aku return ajar kau sejarah pulak.Kan kita dah deal psal nie?"

"Yum,hari tu kau kata nak tunjuk gambar yg kat tepi pantai then kau edit kat aku?nak dekat sebulan aku tunggu tau!"

"Yum,ibu dah lama tunggu karya kau yang terbaru yang kau segan sgt nak tunjuk nak letak kat majalah tu.Mana? tak tunjuk2 pun"

"Qayyum! hari jumaat tu Ibu nak sgt jumpa kau! asal tak datang?
aku dah text kau kan? kau nie.."

Qayyum,aku bangga dapat jadi sahabat kau.
Aku bangga sb kau selalu luahkan isi hati kau kat aku.
InsyaAllah,aku akn sedekahkan banyk2 'hadiah' kat kau.
Qayyum,aku akan selalu doakan kau.

Al - Fatihah.

P/S: Smlm kan,masa aku kat masjid nak solat Zohor dgn Ibu,Ibu ada ckp sambil peluk aku
"Ibu selalu bayangkan sebelah nie Amelia,sebelah lagi Qayyum.Ibu tak ada anak.Kamu berdualah anak ibu.
Bila ibu tua nanti ada tak orang jaga ibu? Bila Ibu meninggal nanti ada tak org baca Yassin utk Ibu? Ada tak orang mandikan utk ibu?" 
Yum,skrg tinggal aku je utk jaga Ibu.Aku akan jaga Ibu seperti apa yang kita bersama niat kan dulu.InsyaAllah.