Jogging Saja .
Friday, January 13, 2012 @ 6:03 PM
Pagi nie berjogging bersama rakan - rakan .Jyeah .
Cik Siti , Cik Tutti dan Syiqa Swift .
Act , aku da janji bersama Syiqa utk berangakat dari rumah dia ,
lalu pergi ke rumah Cik Tutti .
Namun , semalam aku tak lena kerana sibuk mencari code
lagu buat si Jagger yang aku suda berjanji utk buat dengan hati yang rela .
Akhirnya aku terlajak bangun . Jahanam kau , Mia .
Sedang enak diulit mimpi - mimpi , nenek aku dah terjerit - jerit dari bawah .
Aduh , nek ni . nak sarapan ke ? 5 minit la nek . Awal lagi nie .
Bagus , aku lewat , Cik Tutti dan Syiqa dan Cik Siti setia
menanti di depan pagar . Korang memang terbaik .
Maka kami pun start jogging jam 8 pagi bersama langit
yang sangat baik - tak panas , tak redup
Terima Kasih kerana beri kerjasama !
Pastu aku keciciran sebab semput .
Jadahkah semua ini ? HAHA.
Nampak sangat badan tak fit .
Nampak sangat kau dah menjana lemak tepu
berkilo - kilogram Mia .
berkilo - kilogram Mia .
Round pergi flat Anggerik 5 * yang agak jauh .
Pusing masuk jalan besar utk ke Kemboja 4C .
Berdaki lah kami semua menuju ke teratak Fairuza .
* memang kami saja jadi tumpuan .
Sudahnya , duduk rehat depan rumah Fai .
15 minit kemudian , perjalanan kami diteruskan .
Kali nie jalan belakang yang berbukit utk patah balik ke rumah Cik Tutti .
Sedang kami berempat ketawa bedekah - dekah di tengah jalan
yang ternyata mcm kami berempat tuannya .
Sedang Syiqa asyik bercerita Nickun dia yang bercakap Thailand ,
Sedang Cik Tutti dan Cik Siti sibuk sampuk menyampuk ,
Sedang aku hanya ketawa buat - buat faham dengan korea mereka ,
Sedang kami melalui kawasan Kemboja 4B ,
Boleh pulak terniat utk singgah di rumah Ili Liyana .
Mulala adengan kami dgn berniat mahu
singgah ke rumah Ex - 5 Amanah 2011 .
singgah ke rumah Ex - 5 Amanah 2011 .
Dalam jugak rumah budak comel si Ili ni .
Bukalah pelbagai cerita yang mengimbau zaman kami sekolah . Jyeah .
Lalu sampai lah Istana Ili Liyana nie tapi takder pagar . HAHA .
Tekan loceng , rosak pulak . Jadah
Jerit la aku ni memangil Ili . Nak call , no ida tinggal di rumah .
Dasar sengal ubi masak kari betul * termasuk aku .
Cik Siti dengan berani masuk ke dalam ketuk pintu .
Lalu cepat - cepat keluar . * ingat barani sangat la kan? HAHA.
Aku pun tak berani . pengecut saja .
Tetiba , Syiqa kata hanya ada
Abang Ili ( yang hansem pergh hanya aku tertawan )
ada dirumah , terus kami berlari lintang pukang .
Terbaik .
Kemudian kami pulang . Thanks Kak wani kerana tumpang !
Sampai dirumah , terasa sangat lapar .
Tengok atas meja , Nasi Lemak terhidang indah .
Nasi yang sungguh lemak bersama sambal pedas .
Panas - panas bersama telur rebus yang lembut .
Bersinar - sinar aku lihat kau pagi ni eh , wahai nasi ?
* okay tipu jea , itu hanya ilusi disebabkan aku tersangat lapar .
Akhirnya , nasi lemak yang memang biasa - biasa saja habis aku makan .
TUP ! terasa ada orang ketuk kepala aku .
Apa guna aku jogging pagi tadi sedangkan aku dah melantak
sebungkus Nasi Lemak ?
Ternyata , aku terasa sangat hina . HAHA .