Suddenly
Wednesday, November 14, 2012 @ 1:04 AM



Andai kita bersahabat hanya menimbulkan fitnah di mulut-mulut manusia yang bersikap prejudis ,Adalah lebih baik kita tidak menjalinkan lansung ikatan ukhwah ini .

Wahai Adam yang soleh ,
Jagalah hatimu itu sebaik-baiknya .
Engkau itu ialah lelaki yang baik hati penyanyang,gedik,manja dan garang .
Tidak mengambil kesempatan dan sangat tulus .
Tidak kekok dengan apa jua keadaan dan situasi .
Penuh adab sopan dan berbudi bahasa tinggi .
Kata-kata yang lembut dan tidak kasar .
Alunan tasbih Al-Mulk mu itu mencairkan sekeras-keras hati hamba Allah .
Suara mu yang senada itu  kadang kala keras dan penuh amarah terhadap anak muda .
Idea dan olah fikiran mu itu penuh kedewasaan .
Matang dan berkempimpinan kamu itu membawa kepada kewibawaan .
Disertakan dengan sifat rendah diri kamu yang tidak ego.
Sikap yang sentiasa rajin dan tidak suka susah kan orang lain menuntun hati setiap jiwa .
Sebutkan pada aku , siapakan yang tidak jatuh hati pada Adam seperti kamu ?

Manja kamu itu , garang kamu itu bercampur baur
membuat kan semuanya terasa lengkap dan sempurna .
Perihatin kamu itu sangat ikhlas .
Sepatah perkataan layak itu selalu membunuh minda dan jiwa aku ni .
Layakkah aku?Hanya persoalan ini mampu membuatkan ku utarakan dengan penuh sadis.
Bukan ego aku yang setinggi langit ke-tujuh,
Bukan firkiran aku yang sentiasa negatif itu,
Tetapi dengan sebaris ayat" Layakkah aku " itu yang buat aku sedar
dimana bumi di pijak , dimana jua langit yang sentiasa ku junjung .

Aku tahu siapa diri aku . Aku juga dalam perjalanan mencari siapakan diri aku .
Tidak perlu kita sibuk fikirkan bagaimana untuk mereka menerima siapa kita
tetapi adakah kita sudah bersedia untuk terima siapa diri kita .
Jangan terlalu rapat dengan diriku .
kelak andai aku terjatuh sungkur demi memenuhi nafsu cinta ,
aku khuatir aku akan terjurumus dalam kasih yang tidak suci dan tulus kerana Ilahi.

Jarak yang ada sudah dekat namun kita terasa jauh bukan ? lebih baik ia begitu .
Perpisahan itu sakit yang menusuk kalbu hati .
Mestikan kita berjumpa hanya untuk berpisah ?
Tuntutan karma kehidupan yang tidak perlu dipersoalkan dengan lebih lanjut .
Namun jika perpisahan ini demi menjaga sebuah tuntutan iman dan maruah ,
aku lebih rela dituduh kejam kerana memutuskan silaturahim.