akhi itu kembali .
Sunday, July 7, 2013 @ 6:08 PM



The women came out of a man's ribs. Not from his feet to be walked on. Not from his head to be superior . But from his side to be equal, under the arm to be protected and next to the heart to be loved -  islamic quotes   

adakah dia sudah lupa ? 
adakah mereka juga sudah lupa ?
adakah kalian sudah lupa pada jihad dia ?

kemana perginya semangat-semangat kalian ?
kemana perginya dia yang azankan solat fardu zohor selepas sekolah ?
kemana perginya suara lantang dia membantah ?
kemana perginya dia ?

akhi itu sudah tiada . sudah hilang .
tiada lagi ayat dakwah tertulis di laman sosialnya .
tiada lagi foto-foto yang bermakna .
tiada lagi akhi yang bersemangat waja .
tiada lagi akhi yang bersungguh pendiriannya .
tiada lagi akhi yang tersenyum riang .
tiada lagi dia yang penuh idea-idea gilanya .

filem sudah rosak . foto kembali berhabuk 
usia semakin bertambah , kita selesa duduk
jarum berganjak laju , tanah semakin tandus .
kita semakin bijak tapi semakin bongkak
sedarlah , akhi itu tidak akan kembali

wahai sahabat , jangan kau lalai dan lupa
lupa akan teman fotografimu . teman juangmu juga 
yang pernah duduk satu bangku sekolah
yang pernah tendang sama bola
yang dahulu satu pentas berlakon drama
yang kini sudah duduk jauh bercerita sama tuhan
yang sudah tahu semua rahsia-rahsia 

tuhan itu paling aneh . apa kita sayang , dia ambil jauh .
tuhan itu paling baik hati . tidak apa kita mahu tapi beri apa perlu
tuhan itu kawan sejati . ada bila-bila saja kita mahu

tinggal berapa malam , malam semua jiwa akan gembira
sambut nama bulan yang kita bersungguh tunggu .
sambut jiwa yang terbang pulang ke rumah .
ya , sahabat kita akan pulang dengan senyum .
untuk kali ramadhan yang ketiga .

tidak berani untuk bertanya , tidak berani juga untuk tegur .
dia ada disini . cuma kekal dalam jiwa . kasar pada mata .

p/s : Muhammad Nur Qayyum . 27 JUN 1994 - 9 JULAI 2011 
       hadiahkan dia al-Fatihah dalam setiap doa (: