kau, sempurna
Tuesday, November 11, 2014 @ 1:08 AM


Ahad lepas, I'm out of town.
I escaping myself from people I'm used with
and stick with people I barely close too.

seem like Bukit Tinggi sangat indah.
aku pernah jejak disana, cuma aku lupa.
lupa apa yang ada. lupa aku pergi dengan siapa.
lupa memori-memori yang ada.

dan bila terlihatnya 'Family Farm.'
baru aku ingat, aku pernah ke sini.
aku ingat aku kejar arnab itu macam kejar kambing.
aku ingat arnab gemuk itu. yang aku picit geram.
dan abah yang duduk dihujung kafe dan senyum.
aku rindu senyum itu.

dan kami ke kota France. mini france.
dan ya, aku ingat. aku lari-lari disini.
dan aku asyik lihat atas langit
dan tingkap unik tepi-tepi itu.
sebab aku suka lihat lampu-lampu neon belum nyala.
sebab aku tahu kalau malam mesti ada orang nyanyi la-la-la.

aku ingat aku yang teruja bila aku jumpa angsa sangat besar bawah jambatan.
dan aku tarik-tarik tangan abah untuk lihat haiwan putih itu lebih dekat.
dan abah dukung aku dibelakangnya, aku kekek ketawa. sebab suka. sangat suka.
dad, ini apa? besarnya itik ni! masak boleh makan banyak orang!
dan abah kata ini ialah swan macam dekat colour pencil aku itu.
aku yang seawal usia sepuluh tahun dulu dan seorang aku yang sekarang duapuluh tahun.
adakah angsa ini angsa yang sama?

sungguh kalau angsa masih sama, sayangnya aku tiada abah yang sama.

hari itu, syamim bawa aku ke sini setelah sepuluh tahun. 
dan aku masih lari ke jambatan yang sama.
namun kali ini bukan nama 'abah' aku jerit, tetapi nama syamim aku laung.
syamim, syamim ada swan kat sini! syamim cepat la sini! cepat la!

kali ini, aku sudah tinggi tujuhpuluhlima cm.
aku nampak swan itu dengan jelas.
tak perlu abah untuk tarik tangannya.
tak perlu abah untuk naik dibelakangnya.

kalau betul tak butuh abah, kenapa aku masih ingat hangat tangannya?

dan kami naik shuttle untuk ke Japanesse area and Botanical Garden.
dan aku duduk tepi sekali. dan aku keluar tangan. dan aku keluar kepala.
rasa angin. bau hijau. hirup cahaya. udara sejuk.
ini yang aku mahu. sunyi. tidak bingit.
dan aku boleh senyum sikit. sikit sahaja.

dulu aku keluar kepala juga. dulu aku keluar tangan jua. 
dulu abah pangku. dulu rambut panjang.
dulu aku dengar bunyi angin. dulu abah pegang erat.
dan dulu aku masih dengan ketawa seronok.
 
kini ada syamim sebelah. yang pesan jangan jatuh.
yang larang aku sentuh rambut perang orang depan.
yang tegah aku dari sentuh air-air tidak bersih.
yang tetap senyum-senyum meski dia penat.

 aku hilang-hilang dari syamim. dari emir. dari dira.
sebab aku tidak suka ambil gambar sama-sama.
sebab aku tahu nanti aku akan ada memori.
sebab aku suka berhenti seketika kalau suka sesuatu.
dan emir ada panggil aku macam abah ;
Mia mari sini. jangan pergi jauh. kau ni pantang lepa sikit. cepat hilang.

dan aku boleh senyum-senyum gembira sambil ikut belakang dia.

aku lupa aku ini manja.
aku lupa aku ini suka air-air.
aku lupa aku suka haiwan. 
aku lupa aku suka ketawa.
aku lupa aku ada abah.

dan aku lupa aku ini anak pada seorang abah.
abah yang sempurnakan aku.