jatuh cinta
Sunday, January 18, 2015 @ 4:58 AM


maka, Tuhan sedang menguji aku dengan begitu berat. 
asalnya, aku leka. aku selalu ketawa. 
dan dia datangkan aku renyai hujan dibalik hiba. 
dan pembuka tirai tahun baru, catatan penuh dengan azam.
jika ini paradigma yang aku harus anjakkan,  
lalu aku tidak boleh, akan mengeluh. walaiu sekali. 

mana mungkin aku ingin merungut hiba yang sedikit ini 
sedangkan koyan-koyan bahagia aku rasa? 
Alhamdulilah, menangis buatkan hati ini makin rasa hidup
tuhan, jiwa ini tidak tandus. tidak lagi mendebu ke langit. 

aku malu ingin menadah doa-doa aku. 
tapi tanpa doa, apa yang aku boleh bualkan bersama-mu? 
itu saja penghubung jarak jauh kita. bukan? 

tuhan, dengarlah. aku ingin jatuh cinta. 
pada yang lembut hatinya. 
pada yang aku selalu melihat terbaik dalam dirinya. 
pada yang tidak lokek sayangnya pada aku. 
pada yang senyum ini hanya untuk dia. 
pada yang kau sudah tertulis untuk aku.

tapi hati ini juga kau yang simpan rapi-rapi. 
kerana aku milik kamu. 
aku ini boneka yang menurut apa jua bicaranya. 
tuhan, nasib aku bukan perjudian bukan? 
bahagia aku jua bukan perjudian bukan?
bantu la aku yang tidak ada daya apa apa 

melainkan kau yang membantu.