serpihan
Friday, February 20, 2015 @ 3:26 AM
what do you do when smile go away?
when everything changes within one day?
what do you do when love falls through?
when the one you love doesn't love you?
maka empat belas hari layaknya melabuh tirai untuk babak kedua.
jika kau boleh dengar nyaring burung waktu fajar, turut kau akan lihat keluhan
aku soal cinta. sesak nafas mencari syurga lalu semua mendebu naik ke udara.
daun juga mana mungkin kuat untuk bertahan di dahan, lagi kau ada andaian aku
kukuh tepateri kaki lawan angin. sinis.
kalau perhati perbualan itu semua pasti kaget akan hal-hal yang
tidak seharusnya mereka dengarkan. manis wajah mana sama manisnya jiwa
sendiri. anak mata itu gerak gerak menawarkan hatinya untuk disiat siat.
persoalannya, hati siapa yang kau sudah siatkan dahulu?
Aku tidak pernah dahaga perhatian dia di tepi atas satu sebab
nyata yang pipit tidak terbang bersama enggang. Andai seorang dia itu
selayaknya menjadi pilihan utama, seharusnya tiada hati yang perlu kita gores
rakus bagai menang loteri. Tetapi kita ini apa untuk ukirkan bingkai takdir
sedangkan potret-nya tidak secocok? Apa aku perlu ukur cermin agar biasan-nya
molek pada diri? Entah.
Hidup ini menawarkan hal-hal yang membuat seorang kita yang siuman
bertukar menjadi kafir terangan hanya kerana ada mata tetapi membutakan-nya.
Aku bukan gajah depan mata tidak nampak, semut seberang laut diagung-kan. Aku
masih mampu menilai cinta yang gajah atau angan sang semut. Pipit seharusnya
gading sama pipit bukan? Tetapi, boleh kau tentukan yang mana kau adalah enggang
dan kekasih kau jua enggang? Andaikan jodohnya merak?
Ah, apa boleh diharapkan kalau memang tidak sudi? Katanya hidup
tentang pilihan. Dan andai aku pilih terbang seorangan tiada teman maka aku
tidak sampai syurga? Begitu?
Aku-si penglipur tua
trapped in her own thoughts
dunia bersih hancur kencah dengan segala dosa. Hadap langit meludah, akhirnya menyapu muka dengan kotoran sendiri. bangga kau serupa bangsawan padahal kau bukan tuhan. neraka kelihatan sunyi kerana semua sudah dibuang ke bumi. aku bukan cantik kau lihat mata kasar. aku tidak ayu untuk kau sentuh. aku - kau kena lihat depan menghadap. ruang sempit aku bait huruf. itu kau menilai, bukan aku punya hak.
unspoken vow itu anggaran janji yang aku sulamkan di jiwa dan tidak termuntah kata. hidup ini hanya pilihan. aku lakon-nya, takdir skrip-nya, sekarang hanya tunggu tuhan bermain kamera untuk tukaran ke wayang-an dunia.
Amelia Azmi
"because beautiful creatures asked no attention"