Mission Possible .
Tuesday, April 3, 2012 @ 9:08 PM
Okay , hari ni ada misi yang sangat BESAR . Sebenarnya dah sangat lama plan dalam kepala otak , but hari ini berjaya juga apa yang dirancang . Syukur , alhamduliah .
Jadi apakah plan yang disebut itu ? Membuat kek . Tujuan ? okay banyak sangat tujuannya . Pertama sekali , tujuan adalah utk minta maaf pada sorang mamat yang bersongeh banyak sangat ni . You-Know-Who . So , nak tunjuk yang betul sangat ikhlas dan malas nak gaduh lama - lama mcm slot Samarinda , terjadi la plan nak buat kek nie . Kedua , nak bagi kat Fai sb Birthday dia semalam .
Bila aku cakap dengan Izad ( adek ) yang aku nak buat kek . dia jawab dgn jawapan yang sakit hati .
" Buat kek ? Kempen-Pikat-Hati-Kekasih ker ? "
" Kau jangan makan kek aku ! "
" Macam lah aku nak makan . " - sakit jiwa aku dgn dia .
Time buat kek tu juga , dia sibuk ke dapur .
" Kenapalah susah - susah nak buat ? kalau aku , beli jer "
" Ini lebih ikhlas " - aku jawab .
Dan masa kami agak cuak kenapa kek tak mau naik ,
" Tu la , buat cekodok lebih bagus "
Aku tak tau la kenapa selama ni aku mampu hidup dengan adek yg sgt jengkel .
Cik Siti - ketawa jer :))
Semalam , aku , Cik Siti dan Kak Umu pergi Tesco mencari bahan . Drive Avanza lagi . Tapi malangnya Tesco tak ada banyak barang jadi beralih kepada Nani's Bakery deret 7-Eleven . Excited gila masa beli barang . #aku lah yang tersangat teruja itu . hik hik .
Balik tu , terus tertido dan terlepas nak tengok Kid Choice Award (KCA) #kesal .
Dan lepas Mahgrib bangun , terus tak dapat . Pukul 4 baru terlelap dan aku hanya tidur utk 3 - 4 jam . #kepala pening gila doe .
Pukul 3 baru Cik Siti datang untuk buat kek . Sepatutnya buat di rumah Cik Ju , jiran kami sebab dia Master tapi dia ada hal jadi dia hantar ketuhar dia kat rumah . Malas nak cerita panjang , meh usha picture .
# Ini merupakan ketuhar yang dipinjam :))
# Masa ni tengah panaskan dia .
# Setuju di beri nama - Mr Heat Ketuhar
# Antara bahan yang digunakan .
# Masa ni dah adunan tgh dalam ketuhar
#Bersepah bukan ? :))
# Tengah tunggu kek masak .
#Nampak kotak pink tu ? okay , itu utk You-Know-Who.
# Panaskan chco di atas dapur gas .
#pergh , bau dia semerbak di dapur .
# Bau choco mmg sedap even I aku tak makan dia :))
# Cik Siti sedang kacau adunan Miss Molten .
# Okay , dah siap !
# Penat lelah kami tunggu Miss Molten nie .
# Halangan dia banyak sgt nak tunggu dia masak .
# Dalam box pink . comot gila kan ? peduli apa gue !
# Bagi yang ditinggalkan dirumah .
# Untuk family dan Cik Siti
#Akhinya , aku berjaya telan sebijik - boleh tahan !
# Inilah Cik Siti . Dia la kawan terbaik pernah ada .
# Time ni dia drive utk ke rumah You-Know-how .
#Duduk sebelah dia , laju betul bawak .
# Kiranya dia Supir aku lah hari ini !
# kak Umu ! Dia orang pertama rasa kek kami !
# Otw nak pergi ke rumah You-Know-Who .
# Dia sangat comel gila !
# Sedang drive untuk ke rumah Fairuza
# Belakang ni ada 5 orang lagi penumpang .
# Syiqa , Mia ( akulah tu ) , Pidim , Shahrul dan Asroy
Selepas siap kek , jam suda pukul 5.30 dan hujan masih tidak berhenti . Kami pergi ke rumah Pidim sebab aku sudah hampir lupa untuk ke jalan rumah You-know-who . Sampai sana , okay tak tipu gugup dia kalah nak amik SPM wak ! Nervous tak tau nak cakap apa tu , kalah nak amik paper Addmath ! But , dia cool so aku pun berlagak cool , serah kek . HAHA . AWKWARD gila masa tu .
Dan , kami mmg nak ke rumah Fairuza dan Asroy serta Pidim mahu ikut pula . Dan boleh pula mereka call Shahrul utk ikut sekali . Dan selepas itu kami bertiga berhimpit . Aku , Asroy dan Pidim . Shahrul di belakang dan baru kami ambil Syiqa menuju ke rumah Fairuza .
Sampai sana , dijemput masuk dan masa nak bukak slipar baru aku perasan , aku salah pakai selipar .
Bukan terbalik kiri ke kanan , kanan ke kiri tapi sebelah slipar hitam dan kanan slipar putih . Nasib boys tak prasan , kalu tak mau aku diketawakan berdekah - dekah . #glabah sangat pergi sampai salah seliapar . Cik Siti lah , dah asyik hon saja depan rumah .
Hantar mereka pulang , pukul 7.20 baru jumpa rumah . #lega .
Disini , aku ingin umumkan jutaan terima kasih pada Siti Khadijah sb dia tak henti support , bantu aku buat kek ni . Actually dia punya resipi la . Aku hanya bantu sana sini saja . Dan sangat terharu gila bila dia setuju nak drive untuk ke rumah You-know-who . Dia juga tak berhenti layan kerenah aku bila aku terlalu gemuruh dan asyik kata " kita cancle buat kek la ! ": Dia juga tak jemu teman pilih barang dan bahan . Dia juga la yang asyik besarkan mata dia time nak serahkan kek . # Iyarat mata la tu . Dia juga yang gila - gila sampai cuak takut kek tak jadi . HAHA . Magnum yang dijanjikan itu , akan dibeli apabila kau suda sihat dari batuk .
Sumpah , dia yang terbaik dari yang terbaik . Even terbaik dari Pasta yang aku suka gila makan tu .
Terima kasih atas hari ni dan aku sayang kau sebanyak Infinity darab Infinity . *banykkan ?
p/s : Time aku duduk dalam kereta sebelah Asroy , Pidim asyik ketawa mengikih . #geram betul dengan rambut kerinting ni . rasa nak luruskan rambut dia jer . HAHA
Labels: awkward, Bangga, Belalu jua, best friends, Geng, Have Fun, love, work hard