ini hidup
Saturday, November 9, 2013 @ 2:10 AM
jarum sudah berdetik hampir dua abad , dan aku masih disini . bernyawa di bumi tuhan yang serba ajaibnya.
awal tahun baru membuka jendelanya , tetapi akhir tahun hampir tutup tirai .
lalu ada lelaki tua menghirup caffeine dia selepas solat .
menghisap cerut dan mengeluarkan carbon pada sisa-sisa subuh .
"apa yang kau tahu tentang hidup ini anak , apa ? "
dan ya . apa yang aku tahu tentang hidup ?
bernafas dan mengeluh . itu saja yang diulang berkali .
sedang aku mengeluh , ada diluar sana sedang tarik nafas terakhirnya .
segalanya mahu disegerakan . hakikatnya , aku yang lewat .
dan aku mencerca hodohnya dia , sedangkan aku lagi jelek .
aku benci sikap manusia-manusia yang tidak tahu malu
dan aku lupa malah tidak sedar , aku juga sama seperti mereka .
dan kemudian aku menghentak kaki , merungut akan semua hal .
dan aku meminta doa-doa diangkat dengan segera .
apa aku buat semuanya segera ?
solat aku
selawat dan zikir aku .
" berhenti la . kelak kau akan muntah semua apa yang kau telan , nak ."
dan ayat yang sama diulang
"apa yang kau tahu tentang hidup ini , apa ? "
lalu aku jawab ,
hidup anugerah . sama seperti mati .
hidup ini anugerah kerana kau bisa taubat atas dosa-dosa lampau .
dan mati turut anugerah kerana kau bisa berehat dari semua dosa .
Aku-si penglipur tua
trapped in her own thoughts
dunia bersih hancur kencah dengan segala dosa. Hadap langit meludah, akhirnya menyapu muka dengan kotoran sendiri. bangga kau serupa bangsawan padahal kau bukan tuhan. neraka kelihatan sunyi kerana semua sudah dibuang ke bumi. aku bukan cantik kau lihat mata kasar. aku tidak ayu untuk kau sentuh. aku - kau kena lihat depan menghadap. ruang sempit aku bait huruf. itu kau menilai, bukan aku punya hak.
unspoken vow itu anggaran janji yang aku sulamkan di jiwa dan tidak termuntah kata. hidup ini hanya pilihan. aku lakon-nya, takdir skrip-nya, sekarang hanya tunggu tuhan bermain kamera untuk tukaran ke wayang-an dunia.
Amelia Azmi
"because beautiful creatures asked no attention"