kejauhan
Thursday, May 8, 2014 @ 4:56 AM
kini subuh lima-empat-puluh pagi bangkit aku dari ulit lena mimpi. ah, tidak. aku tidak lansung menutup mata walau secuil cuma. aku jaga malam - melawan klawar terbang malang yang menanti siang.
kadang aku fikir, bagaimana kerjanya Tuhan itu.
yang kuat gagah bilamana setiap umah sejagat bergan-tung-an pada-Nya.
kadang aku fikir, sungguh la Tuhan itu al-Jabbaar.
cuma aku gopoh ter-gapah tidak tahu erti sabar.
malam gelap gulita, kerling waktu- waktu jumpa Tuhan.
tapi jalan masih, akan, sentiasa sesak.
aku dipasar - terliput hiruk pikuk kota.
aku kedapkan telinga, mencari sunyi.
kau fikir akan jumpa? aku kira juga akan jumpa.
apakah aku perlu lari ke pantai membelok ke hutan?
pasakkan iman aku dengan akar tunjang ya, khalid.
paterikan jati diri aku dalam batu yang tidak hancur dipukul ombak.
sebab aku ingin berubah, sebab aku sudah jauh lelah tersasar.
kerana aku tidak ingin jauh lagi dari-Mu.
Aku-si penglipur tua
trapped in her own thoughts
dunia bersih hancur kencah dengan segala dosa. Hadap langit meludah, akhirnya menyapu muka dengan kotoran sendiri. bangga kau serupa bangsawan padahal kau bukan tuhan. neraka kelihatan sunyi kerana semua sudah dibuang ke bumi. aku bukan cantik kau lihat mata kasar. aku tidak ayu untuk kau sentuh. aku - kau kena lihat depan menghadap. ruang sempit aku bait huruf. itu kau menilai, bukan aku punya hak.
unspoken vow itu anggaran janji yang aku sulamkan di jiwa dan tidak termuntah kata. hidup ini hanya pilihan. aku lakon-nya, takdir skrip-nya, sekarang hanya tunggu tuhan bermain kamera untuk tukaran ke wayang-an dunia.
Amelia Azmi
"because beautiful creatures asked no attention"