nyanyian rintik
Thursday, May 8, 2014 @ 3:35 PM
dan akhirnya,
rintik jatuh basahi jendela. aku menghadap bukit dari kamarnya.
ah, ini yang aku cari. tiada apa bunyi selain sunyi.
tiada apa yang lari dari manusia hiporkrit.
sama ada diletaknya plastik atau di-plastik-kan dirinya sendiri.
aku ingin lari dari dunia ini. bukan ke neraka, tidak layak ke sorga.
aku ingin cari satu data diri, yang asli. yang bukan diolok-olokkan.
diambilnya kamera, diputarkan lensa. ayuh lari dari semua agenda.
aku ingin merakam bunyi pantai.
aku ingin bau rumput lepas hujan.
aku ingin hirup bau hutan.
aku ingin sendiri dalam dunia kerana
aku sangat lelah dengan manusia membuang najisnya lalu ditabur emas asli.
kau tidak rasa semua ini cukup geli?
aku lali dengan bangku rumah sakit. aku sakit lihat tusukan jarum.
aku lali dengan dongak-kan langit. berdiri menghadap jalan lurus - Mustaqim.
lalu berbisik
"bilakah doa aku diangkat ke lapisan-lapisan langit?"
dan akhirnya,
aku jaga dari mimpi lena yang asyik dengan nyanyian hujan.
gemersik daun, gaduhan di langit. bunuh saja semua setan.
dan aku sedar, aku lewat jumpa Tuhan
mari bermain mimpi dengan-ku
Aku-si penglipur tua
trapped in her own thoughts
dunia bersih hancur kencah dengan segala dosa. Hadap langit meludah, akhirnya menyapu muka dengan kotoran sendiri. bangga kau serupa bangsawan padahal kau bukan tuhan. neraka kelihatan sunyi kerana semua sudah dibuang ke bumi. aku bukan cantik kau lihat mata kasar. aku tidak ayu untuk kau sentuh. aku - kau kena lihat depan menghadap. ruang sempit aku bait huruf. itu kau menilai, bukan aku punya hak.
unspoken vow itu anggaran janji yang aku sulamkan di jiwa dan tidak termuntah kata. hidup ini hanya pilihan. aku lakon-nya, takdir skrip-nya, sekarang hanya tunggu tuhan bermain kamera untuk tukaran ke wayang-an dunia.
Amelia Azmi
"because beautiful creatures asked no attention"