kekuatan rapuh;
Sunday, May 11, 2014 @ 3:33 AM


malam dinahari,
aku kerap terjaga, pikiran ke dunia, ke hidup selepas-nya. 
apa harus aku buat esok, apa yang telah aku bikin semalam.

sayang aku, fikiran ini berligat kau - mati. 
aku hantar kau ke pengebumian, rintik hujan. rintik lagi air mata aku.
hitam baju kurung, gelap lagi langit yang merintih kau pergi. 
lecak basah kaki, basah lagi wajah hati. 
sakit lihat kau mati, sakit lagi biar aku hidup sendiri. 

dan aku menunggang mesin masa. ulang tahun,
ulang sewaktu kau masih ada.
dan aku rentas jarum masa. putaran dunia. 
kitaran kau masih - bernyawa. 

berdiri di kencah masak, menyediakan sarapan. 
kau melihat sambil makan. sambil senyum. 
kau tahu kau buat pilihan yang lurus.
semat rangkulan, dekat hangat nafas. 
kau senyum. indah dan mulus. 

mengunjungi tasik perumahan. sentuhan jemari. 
meraut kerlingan mata, hati mengikut kaki menari. 
berpusing kita, berputar masa. 
kau senyum, hanya senyum. 

kedutan kolar, dipanaskan seterika. 
menarik tali, merapat jiwa. menyambut cinta. 
diikat tali di leher, mengemas kemeja.
ditenung hanya senyum. hanya senyum.

sukar sama. tidak sukar sama juga.
kening bercantum. sakitnya kepala, sakit lagi nafas dihembus. 
kau keluar not-not wang, geleng kepala menyukat tembus. 
aku senyum. tuhan cukup semua. usah pening kaya. 
kita hidup papa kedana asal ada cinta, asal ada syukur. 
kau senyum. senyum dan senyum. 

kini, semua ghaib hilang dalam tanah. 
kini semua harapan tukah rapuh. menusuk jiwa. menyetak akal.
kau lena dibuai alam mimpi tidak pernah sudah.
aku tidak lagi lena cuma kau tidak lagi jelma hadapi bersama. 

merayu aku mengais lumpur. merah tanah, merah berdarah harapan.
bukan aku boleh sampai distinasi mu dengan pesawat. 
aku bukan boleh bangkit melawan dengan semua arus menentang.

takdir tuhan menikam. roda dusta bergerak. aku kekal wujud. 
ayuh gegar aku dari animasi. aku hanyut lemas jauh. 

andai takdir kita pisah jauh, aku hantar pesan ke syurga.
biar puisi tuhan berkarya, biar simpang takdir kita bertemu- jua.



aku ingin senyum sebegini sampai akhirnya.