ra ya nun dal wau
Wednesday, October 29, 2014 @ 3:08 AM
Salam tahun baru, amelia. 1436 hijrah.
dan bila kau tanya apa yang aku buat sehari selepas tahun baru?
aku boleh kata, aku sangat berani. haha.
Jumaat malam sabtu. 2 Muharam.
Malam itu tiada bintang. tiada bulan. aku duduk bersandar sebelah Afiq Azim.
Pada kereta wira kakaknya. Yang dipakir diluar.
Dia dengan short pants dan t-shirt yang sama aku lihat. biru kehijauan.
Aku dan jeans dan sweater. biru kehijuan juga.
Ada pekara yang aku tengkarkan pada kali akhir kami jumpa.
Dan sekarang, selepas seminggu. aku sebelah dia. seolah takde apa.
Aku niat dulu, bila aku jumpa dia, aku akan tenung dia lama-lama.
Dan lepas tenung lama, aku tahu dan sedar apa yang aku harus cakapkan.
Bak kata Kak A'a, kalau nak, kena cakap. sebab kalau tak cakap, yang kita nak selamanya tak akan dapat. Maka aku luahkan apa yang selama ini terbuku dalam hati. aku tarik nafas, dan beritahu.
Aku tahu. macam dah tahu jawapan dia. macam dah agak juga. tapi hati ni macam degil.
degil nak cakap juga. degil nak beranikan diri. sekali, nah jawapannya.
tapi betul la, aku ni terlalu hebat mungkin. aku boleh terima tolakannya dengan tiada rasa dendam kesumat. aku sangat positive. tapi ada la menangis depannya juga. alahai, jatuh air muka.
mimi kata, aku awek paling ego. tapi runtuh jua ego-nya. kan.
siapa kata kena reject tak best? aku rasa sangat best dan tenang. tak kusut.
aku boleh lihat kedepan tanpa melihat Afiq Azim.
aku basuh pinggan tanpa adanya dia.
oh, tadi aku beli air di vending machine, tiada Afiq Azim juga. haha
and i smiled rite now. like, real smile.
oh Tuhan, thanks for this opportunities.
even it's a while, without confusing, I won't know the clarity.
love is not like possessions. I appreciate him as ugly he is. haha
but deep down, i know we won't be back as usual.
i just ra ya nun dal wau him. not the way we having this relation.
--- just him.