andai-andai
Sunday, November 2, 2014 @ 4:01 PM
oktober
tiga. dan semua masih sama.
dan kombinasi dari dopamine , norepinephrine dan
phenyletylamine,
dan kepulan asap dalam paru-paru rancak bermain,
Manis senyum
melihat satu sama lain. Ada sedikit berubah.
Namun satu benda yang pasti, kami
masih duduk disatu sudut yang sama.
Sudut hujung kedai, satu meja bulat kecil,
kami bertujuh kekal gigih dalam
Mencari lipatan waktu dan jati diri yang layu
satu persatu.
Aku tenung satu-satunya dengan fikiran.
Memikirkan semakin kita
dewasa, semakin sulit kita menenumukan cara untuk ketawa.
Hidup tuntut kami
memenuhi keperluan cita-cita dan mimpi
Lalu kami tutur haluan kami dengan penuh
semangat.
Agar terbalasnya jasa Ibubapa.
Dan betul, burung jauh mana dia
terbang, ke sarangnya juga dia kembali.
Meja bulat bersejarah itu setia
menunggu bersama tujuh buah kerusi yang usang
Roti canai banjir berkuah dal dan
teh tarik yang manis seperti madu.
Berharap kami mendapat nikmat dari Tuhan
bersama tawa
Menyambung legasi kisah-kisah penglipur lara yang tak jumpa
sudah.
Malam suci, bila takbir gema melaungkan keangungan Tuhan,
Apa lagi yang
boleh kita minta bila semua dah pun tersedia.
Kita bukan tak cukup, cuma ada
masanya tamak yang membuak dalam dada.
Jiwa ini kian mendebu ke langit. Kehausan
suara seronok.
Sebelas tahun macam sekejap. Esok-esok melangkau masuk dua belas.
Kebalkah jiwa kami dalam meniti kaca-kaca dewasa?
Atau semakin robek
calar-calar iman dan putus asa?
Kami bukan dua titik disambung oleh garisan
lurus, Tetapi bulatan rapi penuh.
Pusing tanpa hujung.
Tanpa cacat cela.
Tanpa 90
darjah.
Hidup dalam bulat. Hidup dalam cerita.
Dan aku tidak minta lebih selain
bila sudah dewasa,
Yang cukup dewasa untuk dibelanjakan wang Pencen,
Kami masih
boleh duduk satu meja usang yang sama,
Bercerita tentang semalam. masih setia.
masih meja yang sama teh tarik ais kosong roti banjir yang sama.
Yang mana 40
tahun akan datang, kami gelak tengok kedut-kedut sendiri.
Yang mana ketawa
sampai gigi palsu tak mampu keluar.
Yang mana jiwa sudah bersedia untuk ke
rangkap hidup seterusnya.
Berkumpul berjumpa yang Esa dan bercerita pada-Nya
bahagia kita.
Apa lagi yang aku boleh adu-adu pada Tuhan kalau Dia dah beri aku --
mereka?
Aku-si penglipur tua
trapped in her own thoughts
dunia bersih hancur kencah dengan segala dosa. Hadap langit meludah, akhirnya menyapu muka dengan kotoran sendiri. bangga kau serupa bangsawan padahal kau bukan tuhan. neraka kelihatan sunyi kerana semua sudah dibuang ke bumi. aku bukan cantik kau lihat mata kasar. aku tidak ayu untuk kau sentuh. aku - kau kena lihat depan menghadap. ruang sempit aku bait huruf. itu kau menilai, bukan aku punya hak.
unspoken vow itu anggaran janji yang aku sulamkan di jiwa dan tidak termuntah kata. hidup ini hanya pilihan. aku lakon-nya, takdir skrip-nya, sekarang hanya tunggu tuhan bermain kamera untuk tukaran ke wayang-an dunia.
Amelia Azmi
"because beautiful creatures asked no attention"